Catatan Kebolehdiaman planet

 

  1. Hidupan nampaknya telah menjelma di Bumi kira-kira 500 juta tahun selepas terbentuknya Bumi. Bintang kelas "A" (yang sudah bersinar selama 600 juta hingga 1.2 bilion tahun) dan sebahagian kecil bintang kelas "B" (yang bersinar 10+ juta hingga 600 juta tahun) tergolong dalam lingkungan ini. Sekurang-kurangnya secara teorinya, hidupan boleh muncul dalam sistem-sistem seumpama itu tetapi sudah pasti tidak dapat mencapai tahap yang canggih berdasarkan jangka masa tersebut dan juga hakikat bahawa akan berlakunya pertambahan kekilauan secara deras. Hidupan di sekitar bintang kelas "O" barangkali tidak mungkin kerana tempoh sinarnya belum cukup 10 juta tahun.
  2. Dalam buku Evolving the Alien, Jack Cohen dan Ian Stewart menilai kemunasabahan senario-senario di mana mungkin terbentuknya hidupan di puncak awanan planet-planet seakan Musytari. Begitu juga, Carl Sagan berhujah bahawa mungkin terdapat hidupan di awanan Musytari itu sendiri.[41][42]
  3. Semakin ramai pihak yang bersepakat bahawa mikroorganisma unisel sebenarnya umum terdapat di seantero jagat, lebih-lebih lagi memandangkan terdapat hidupan ekstremofil di Bumi yang mekar di persekitaran yang pernah dianggap mustahil didiami. Kemungkinan wujudnya hidupan multisel kompleks pula jauh lebih banyak dipertikaikan. Dalam karya Rare Earth: Why Complex Life Is Uncommon in the Universe, Peter Ward dan Donald Brownlee berhujah bahawa hidupan mikrob barangkali meluas sementara hidupan kompleks sangat sukar hendak ditemui dan mungkin hanya terdapat di Bumi kita. Teori ini disokong sedikit sebanyak oleh pengetahuan semasa kita tentang sejarah Bumi, bahawa organisma multisel dipercayai sudah muncul sewaktu letupan Kambria sekitar 600 juta tahun dahulu, tetapi lebih 3 bilion tahun selepas hidupan mula-mula menjelma. Bahawasanya hidupan Bumi kekal unisel begitu lama menggariskan kenyataan bahawa langkah muktamad ke arah organisma kompleks tidak semestinya perlu berlaku.
  4. Terdapat "jurang jisim" dalam Sistem Suria antara Bumi dan dua gergasi gas terkecil iaitu Uranus dan Neptun, masing-masing bersamaan 13 dan 17 kali jisim Bumi. Ini pun hanya kemungkinan kerana tidak terdapat halangan geofizik kepada pembentukan jasad-jasad perantara (jika dibandingkan dengan misalnya OGLE-2005-BLG-390Lb dan Super-Bumi), malah haruslah terdapat planet-planet dalam lingkungan 2 hingga 12 kali jisim Bumi di seluruh galaksi. Jika sistem bintangnya mengizinkan, maka planet-planetnya pun sesuai untuk hidupan kerana cukup besar untuk kekal dinamik secara dalaman dan memelihara atmosfera selama berbilion-bilion tahun tetapi tidaklah besar sehingga dapat menokok lindungan bergas yang akan mengehadkan kemungkinan pembentukan hidupan.
  5. Menurut teori yang diterima umum, pembentukan Bulan bermula apabila sebuah jasad sebesar Marikh menghentam Bumi secara pelanggaran terkena sipi di akhir pembentukan Bumi, dan bahan-bahan yang terpancut dari pelanggaran ini bertaut-taut dan memasuki orbit (lihat hipotesis hentaman besar). Dalam buku Rare Earth, Ward dan Brownlee menekankan bahawa hentaman-hentaman sebegini sepatutnya jarang berlaku, oleh itu mengurangkan kebarangkalian adanya sistem-sistem seakan 'Bulan Bumi', dan oleh itu berkurang juga kebarangkalian wujudnya planet-planet boleh didiami yang lain. Namun begitu, proses-proses pembentukan bulan lain adalah mungkin, bahkan usul bahawa planet boleh didiami tanpa bulan belum lagi disangkal.

Rujukan

WikiPedia: Kebolehdiaman planet http://cds.cern.ch/record/895337 http://blogs.discovermagazine.com/80beats/2011/03/... http://apnews.excite.com/article/20110219/D9LG45NO... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.latimes.com/science/la-sci-earth-like-p... http://www.redorbit.com/news/space/1112902301/cool... http://www.solstation.com/stars2/18sco.htm http://www.space.com/17684-alien-planet-gliese-163... http://www.space.com/30335-giant-galaxies-habitabl... http://www.space.com/scienceastronomy/astrobio_cav...